Friday, July 30, 2010

MARI BERKAYAK

JUMAAT (30 JULAI 2010)


Seperti tempat, masa dan hari yang dijanjikan aku ngn kawan2 aku ke sana dengan menaiki bas....huh.....hujan mase tu......aku igtkan cancel kelas...tapi telefon ketua kelas, en muiz cakap ada kelas....sampai saje kat sane kami disuruh duduk di sebuah pondok sementara menunggu peralatan-peralatan kayak sampai....

Selang beberapa minit, peralatan kayak pun sampai.......Tanpa membuang masa, En Muiz menerangkan peralatan-peralatan asas berkayak iaitu:-

  1. KAYAK :Bergantung kepada jenis kayak dan keadaan air.


    2.  PENDAYUNG : Tangan kita amat memainkan peranan yang penting    dalam menggerakkan kayak dengan menggunakan pendayung ini.


     3.  JAKET APUNGAN KESELAMATAN : Dipakai dibahagian badan bagi tujuan mengapungkan si pemakai apabila berada di dalam air. Merupakan bahagian yang penting sekali dalam membuat aktiviti berasaskan air. Tak kira anda bijak atau cekap dalam berenang, kita diwajibkan memakai jaket ini apabila berada di air.


Kemudian menerangkan bahagian2 anatomi Kayak, antaranya ialah:-


Bow dan Stern ( Haluan dan Buritan )




Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak.berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik.Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.


Deck ( Geladak Atas )




Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan.Dihadapan dipanggil foredeck manakala di belakang dipanggil aftdeck.

Toggles




Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.Kegunaannya ialah memudahkan kita mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing

Cockpit




Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahgian belakang.

Tempat Duduk ( Seat )




Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard ( mempunyai saiz yang tetap) , tempat duduk sederhana ( untuk kegunaan rekreasi ) , tempat duduk ketat ( untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras ) dan tempat duduk boleh laras.

Buoyancy ( Bahan Apungan )




Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.



Selepas itu, encik menerangkan serba sedikit tentang anatomi pendayung,diantaranya ialah:-










Blade ( Bilah mata dayung )

Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.


Shaft/Loom/Bar ( Batang Pendayung )

Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Front Of Blade ( Muka Dayung )

Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back Of Blade ( Belakang Dayung )

Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.



Setelah selesai menceritakan serba sedikit tentang kayak, semua ahli kelab diarahkan ambil pendayung untuk dipraktikkan kayuhan tangan ketika di dalam air...Tujuan praktikkan kayuhan ini supaya kite tidak kekok dan mahir dalam berkayak....





Setelah encik rase kemi semua sudah mahir, barulah kami dibenarkan menurunkan kayak di atas air untuk memulakan aktiviti kayak...sebelum itu, disuruh memakai jaket apungan air...Oleh kerana jaket tidak mencukupi, jadi tidak semua yang boleh trun ke air pada mase tu termasuklah aku....huhu...so turn aku minggu hadapan..hehe..

Selepas setengah jam ,mereka dipanggil untuk simpan kayak dan pendayung dan jugak jaket...Sebelum bersurai, encik mengingatkan kami minggu hadapan continue berkayak...-SEKIAN-



No comments:

Post a Comment