Friday, August 20, 2010

JOM PASANG KHEMAH

JUMAAT (20 OGOS 2010)


haha.....hari ni perjumpaan seperti biasa...di kolam renang pukul 5..sebelum memulakan aktiviti encik ada menerangkan serba sedikit tentang assignment ke dua, iaitu pergi ke satu tempat rekreasi dan buat report..isi2 yang encik nak, ada di www.jomrekreasi.blogspot.com...dan hantar selepas  cuti raya pada 1 september 2010....apa aktiviti hari ni???belajar cara-cara memasang khemah....wah.macam betul-betul berkhemah pulak......hehe..kemuadian encik terangkan serba sedikit tentang khemah dan perkhemahan...

apa itu khemah???Khemah ialah tempat perlidungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan berehat / bermalam.

Jenis Khemah 
  1. A sheet (piramid)
  2. Igloo
  3. Doom (bulat)
Tapak Perkhemahan
  1. Tanah rata- cari tempat tinggi sedikit supaya tiada air yang boleh bertakung di bawah khemah
  2. Berhampiran dengan punca air - air mengalir dan ada anak ikan di permukaan air
  3. Terlindung dari laluan angin - penghalang di kiri, kanan, depan dan belakang
  4. Mempunyai permandangan yang menarik
  5. Mendapat bekalan cahaya matahari
  6. Berhampiran denga jalan/denai/laluan - mudah untuk berurusan jika berlaku kecemasan


Tapak yang dilarang mendirikan khemah

Terlalu hampir dengan laluan air - menyebabkan khemah hanyut
  1. Di bawah pokok yang mempunyai dahan yang besar dan condong
  2. Di dalam kawasan lalang
  3. Kawasan yang rendang - menyebabkankan air bertakung
  4. Kawasan yang berlumpur
  5. Di atas tebing yang curam
  6. Laluan binatang
  7. Kawasan berbatu

Kebersihan Khemah

  1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan di dalam khemah kerana boleh menarik minat serangga
  2. Jangan meletakkan pakaian basah di dalam khemah menyebabkan khemah berbau.
  3. Jangan mengidupka api di dalam khemah atau memasak di dalam khemah kerana khemah mudah terbakar
Sampah
  1. Sediakan lubang khas utk buang sampah
  2. Mesti dimasukkan ke dalam beg plastik
  3. Bahan tin mesti dikemekkan dahulu sebelum dibuang

Membuang Najis

  1. Jika 1 hari, korek dan kemudian kambus, jika lebih 1 hari, korek lubang (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) kemudian kambus
  2. Letakkan pancang sebagai tanda utk mengelakkan kawan lain mengorek semula
  3. Jarak sekurang-kurangnya 100m dari khemah
Selepas encik menerangkan serba sedikit tentang khemah, barulah kami pasang khemah...





kemudian encik menerangkan tentang bagaimana mengelakkan air masuk kedalam khemah dalam jangka masa yang lama ketika hari hujan iaitu menarikkan sedikit alas yang luar khemah supaya air hujan terus jatuh ke tanah dan tidak melekat ke badan khemah...




Selepas itu, kami disuruh menurunkan khemah dan melipatkannya semula dan simpan di dalam bekas khemah...Sebelum kami bersurai, encik mengingatkan aku dan kawan-kawan ku pada minggu depan kelas tiada becoz suti nuzul al-Quran...dan pada minggu hadapan disuruh bawa tali utk belajar ikatan....- SEKIAN-


No comments:

Post a Comment