Friday, September 24, 2010

BELAJAR KOMPAS

JUMAAT (24 September 2010)


Huhu...hari kelas rekreasi mula selepas 2 minggu cuti raya......kene byak rekreasi sebab dah banyak makan kueh raya....haha.....kelas macam biasa kat kolam renang....hujan sangat lebat memnyebabkan aku tak dengar ape yang encik cakapkan kat depan...erm ....=(....apa yang aku dengar utk asignment yang pergi ke satu tempat rekreasi ditangguhkan due date nye iaitu hantar kat die pada 8 sept......huhu....selepas tu, encik bgtahu kelab rekreasi diwajibkan utk memasuki pertandingan bola keranjang..


hah???macam mane main bola keranjang.....aku pun tak pandai main.......aduyai.......yang aku pelik nya 1 kumpulan 3 orang???macam pelik kan.....erm.takpelah....belasah je la......janji main..ada markah tu......bola keranjang takpe....jangan mata keranjang.....huhu......

Apa yang aku belajar hari ni???aku belajar kompas.....belajar ni pun aku suka jugak.seronok mencari2 arah ni.....hehe......
Apa itu kompas???Kompas ialah alat bantuan ahli pelayaran atau ahli pengembaraan untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi ini. Kompas juga alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi.

Gambar di atas ialah gambar kompas jenis Silza yang aku gunakan pada hari tu...Ada jugak kompas jenis lain.......Antaranya ialah:-
Kebaikan dan kekurangannya:
Kebaikan:
1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti
3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.
Keburukan:
1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)
Kegunaan Kompas:
1.Mencari arah Utara 
2.Menentukan kedudukan peta
3.Menyukat bering (sudut)

Bahagian-bahagian Kompas


1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)   
9-Garisan penimur grid  
10-Piring kompas (compass Housing)


Cara Menggunakan Kompas
  1. Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika jarum kompas (warna merah) tidak menunjukan arah utara, kita harus 'adjust' agar ke Utara.Secara asas kompas mengandungi 16 petujuk mata angin, iaitu:-















UTL-Utara Timur Laut
TTL-Timur Timur laut
TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya




   2. Kemudian ketahui kedudukan bearing (sudut).
Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan.

   3. Kemudian, pegang kompas dengan cara yang betul iaitu meletakkan kompas di atas tapak tangan dan luruskan / ratakan permukaan tangan atau meletakkan kompas di tempat yang rata.
  4. Selepas itu tujukan tempat atau arah yang ingin dituju....kemudian baca darjah atau bearing tersebut....


Untuk aktiviti hari ni, encik menyuruh kami bekerja dalam kumpulan mencari 4 checkpoint dari satu tempat ke tempat yang lain. Ambil darjah dan langkahnya sekali.....Aku dan kumpulan aku memulakan aktiviti. Kami mula dari meja makan 

CHECKPOINT PERTAMA:-
ke papan tanda kemudian ambil berapa darjah dan berapa langkah.
CHECKPOINT KEDUA:-


ke tingkap kemudian ambil berapa darjah dan berapa langkah
CHECKPOINT KE TIGA:-
ke papan tanda lagi satu kemudian ambil darjah dan langkahnya
CHECKPOINT KEEMPAT:-

dan akhir sekali ke stor tepi bgunan kolam renang...

Selepas itu kami bertukar2 tempat dengan kumpulan lain.......huhu...seronok sungguh aktiviti ni...rasa nak buat lagi......tapi masa tak mengizinkan.......jam pon dah pukul 7 petang...sebelum bersurai, encik ada bgtahu tentang aktiviti minggu hadapan...nak tahu???tungguuu......hehe.....-SEKIAN-

Friday, September 3, 2010

IKATAN TALI

JUMAAT (3 September 2010)


hari ni kelas seperti biasa di kolam renang....erm...ramai yang tak ada arini...sebab dah bercuti raya...selepas ambil kedatangan, kelas pun dimulakan....erm encik suruh kami keluarkan apa yang die suruh pada minggu sebelumnya iaitu tali....bukan tali rapiah.....tapi tali untuk belajar ikatan...Seronok!! aku suka belajar tentang ikatan..... Antara ikatan yang aku belajar hari ini ialah:-
  1. Buku Sila (square / reef knot)
Fungsinya:-
  • Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
  • Biasanya untuk menyambung tali khemah / bungkusan hadiah / ikatan anduh kerana ia mudah dibuka
  • Dikenali sebagai 'left over right and right over left'



  2. Bunga Geti
Fungsinya: adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan saiz


  3. Tindih kasih
Fungsinya:-
  • Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda / binatang dan sebagainya
  • Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

   4: Simpul lapan

  • Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati


   5. Simpul Manok (Clove Hitch)
Fungsinya:-
  • Simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
  • Ia mudah diikat/ disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka




erm.....ini sajalah yang aku belajar ikatan...Iktan ada byak tapi untuk asas sahaja, inilah ikatan-ikatan yang en Muiz ajar kepada kami....erm...malam ni aku gerak balik ke kampung utk cuti beraya....

Disini ambil kesempatan ingin memohon sepuluh jari mohon maaf apa salah silap saya........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN...Jumpa lagi...-SEKIAN- 


Friday, August 20, 2010

JOM PASANG KHEMAH

JUMAAT (20 OGOS 2010)


haha.....hari ni perjumpaan seperti biasa...di kolam renang pukul 5..sebelum memulakan aktiviti encik ada menerangkan serba sedikit tentang assignment ke dua, iaitu pergi ke satu tempat rekreasi dan buat report..isi2 yang encik nak, ada di www.jomrekreasi.blogspot.com...dan hantar selepas  cuti raya pada 1 september 2010....apa aktiviti hari ni???belajar cara-cara memasang khemah....wah.macam betul-betul berkhemah pulak......hehe..kemuadian encik terangkan serba sedikit tentang khemah dan perkhemahan...

apa itu khemah???Khemah ialah tempat perlidungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan berehat / bermalam.

Jenis Khemah 
  1. A sheet (piramid)
  2. Igloo
  3. Doom (bulat)
Tapak Perkhemahan
  1. Tanah rata- cari tempat tinggi sedikit supaya tiada air yang boleh bertakung di bawah khemah
  2. Berhampiran dengan punca air - air mengalir dan ada anak ikan di permukaan air
  3. Terlindung dari laluan angin - penghalang di kiri, kanan, depan dan belakang
  4. Mempunyai permandangan yang menarik
  5. Mendapat bekalan cahaya matahari
  6. Berhampiran denga jalan/denai/laluan - mudah untuk berurusan jika berlaku kecemasan


Tapak yang dilarang mendirikan khemah

Terlalu hampir dengan laluan air - menyebabkan khemah hanyut
  1. Di bawah pokok yang mempunyai dahan yang besar dan condong
  2. Di dalam kawasan lalang
  3. Kawasan yang rendang - menyebabkankan air bertakung
  4. Kawasan yang berlumpur
  5. Di atas tebing yang curam
  6. Laluan binatang
  7. Kawasan berbatu

Kebersihan Khemah

  1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan di dalam khemah kerana boleh menarik minat serangga
  2. Jangan meletakkan pakaian basah di dalam khemah menyebabkan khemah berbau.
  3. Jangan mengidupka api di dalam khemah atau memasak di dalam khemah kerana khemah mudah terbakar
Sampah
  1. Sediakan lubang khas utk buang sampah
  2. Mesti dimasukkan ke dalam beg plastik
  3. Bahan tin mesti dikemekkan dahulu sebelum dibuang

Membuang Najis

  1. Jika 1 hari, korek dan kemudian kambus, jika lebih 1 hari, korek lubang (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) kemudian kambus
  2. Letakkan pancang sebagai tanda utk mengelakkan kawan lain mengorek semula
  3. Jarak sekurang-kurangnya 100m dari khemah
Selepas encik menerangkan serba sedikit tentang khemah, barulah kami pasang khemah...





kemudian encik menerangkan tentang bagaimana mengelakkan air masuk kedalam khemah dalam jangka masa yang lama ketika hari hujan iaitu menarikkan sedikit alas yang luar khemah supaya air hujan terus jatuh ke tanah dan tidak melekat ke badan khemah...




Selepas itu, kami disuruh menurunkan khemah dan melipatkannya semula dan simpan di dalam bekas khemah...Sebelum kami bersurai, encik mengingatkan aku dan kawan-kawan ku pada minggu depan kelas tiada becoz suti nuzul al-Quran...dan pada minggu hadapan disuruh bawa tali utk belajar ikatan....- SEKIAN-


Friday, August 13, 2010

ALATAN-ALATAN PERKHEMAHAN

JUMAAT (13 OGOS 2010)

lalala.....hari ni perjumpaan di kolam renang.....dah tak sesat dah..hehe....Selepas ambil kedatangan, Encik suruh keluarkan salah satu barang perkhemahan......nak tahu ape aku bawak???ni dia:-



Pisau la yang aku bawak..tapi bukan macam dalam gambar ni..aku pisau biasa je.....hehe.....kawan2 aku yang lain macam2 die bawak.....ada yang bawak lampu suluh, mancis, tali, peti keselamatan dan sebagainya...kemudian encik menerangkan peralatan-peralatan perkhemahan kepada kami....

Antaranya ialah:
  • Khemah

  • Beg tidur (Sleeping bag)
  • Rucksacks-untuk mengisikan barang2 yang perlu dibawa


  • Dry bag- Boleh mengisi barang dan mengelakkan barang basah
  • First Aid (peti kecemasan)

  • Lampu suluh
  • Tali - untuk mengikat sesuatu atau membuat ampaian

  • Pisau pelbagai

Selepas itu encik menunjukkan antara demo memasak ketika camping,iaitu seperi gambar di bawah:-


huhu..tak cukup utk aku kalau makanan macam tu....hehe...selepas itu menunjukkan demo pemakaian rusksacks:-

Selain itu, encik ada jugak merangkan peralatan-peralatan lain seperti helmet, bekas utk memasak, dan sebagainya....






Kelas hari ni happening jugak sebab mengenali barang2 atau peralatan2 camping...buat menambah ilmu pengetahuan....-SEKIAN-


Friday, August 6, 2010

KAYAK 2

JUMAAT (6 OGOS 2010)


Minggu ni kelas adalah sama macam minggu lepas kat tasik seksyen 2...sampai saja kat sana kami disuruh memakai jaket apungan air dan  ambil pendayung kayak utk praktice lagi sekali cara mengayuh ketika berkayak nanti.....alhamdulilah aku dapat melakukan dengan sempurna....

Selepas semua ahli kelab melakukan kayuhan dengan baik, kami diminta melakukan water confident...alamak......basah la aku.......huhu...aku pun trun ke tasik..huh..agak dalam jugak lah tasiknye.....byk batu...nasib baik pakai kasut...kami disuruh yakinkan diri didalam air...kemudian meniarap dan telentangkan diri di dalam air.huhu...seronok sangat aktiviti ni...Selepas itu kami disuruh naik....

haha......hari ni turn aku berkayak...mula2 takut gak sebab dah lame tak berkayak.tapi yakin boleh, aku boleh melakukannya....kemudian kami berkumpul di satu tempat di tengah air...kami belajar bagaimana menukar tempat antara kayak lain dengan yang lain jika berlaku apa2 masalah ketika berkayak berkumpulan....iaitu dengan berjalan di atas badan kayak......takut jugak kan....tkut kalau licin...hehe.......

Diantara gambar2 berkayak:-




erm..utk minggu hadapan, aku dan kawan2ku diminta bawa salah satu barang perkhemahan oleh EN MUIZ.....kemudian kami pun bersurai..-SEKIAN-