Friday, September 3, 2010

IKATAN TALI

JUMAAT (3 September 2010)


hari ni kelas seperti biasa di kolam renang....erm...ramai yang tak ada arini...sebab dah bercuti raya...selepas ambil kedatangan, kelas pun dimulakan....erm encik suruh kami keluarkan apa yang die suruh pada minggu sebelumnya iaitu tali....bukan tali rapiah.....tapi tali untuk belajar ikatan...Seronok!! aku suka belajar tentang ikatan..... Antara ikatan yang aku belajar hari ini ialah:-
  1. Buku Sila (square / reef knot)
Fungsinya:-
  • Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
  • Biasanya untuk menyambung tali khemah / bungkusan hadiah / ikatan anduh kerana ia mudah dibuka
  • Dikenali sebagai 'left over right and right over left'



  2. Bunga Geti
Fungsinya: adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan saiz


  3. Tindih kasih
Fungsinya:-
  • Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda / binatang dan sebagainya
  • Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

   4: Simpul lapan

  • Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati


   5. Simpul Manok (Clove Hitch)
Fungsinya:-
  • Simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
  • Ia mudah diikat/ disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka




erm.....ini sajalah yang aku belajar ikatan...Iktan ada byak tapi untuk asas sahaja, inilah ikatan-ikatan yang en Muiz ajar kepada kami....erm...malam ni aku gerak balik ke kampung utk cuti beraya....

Disini ambil kesempatan ingin memohon sepuluh jari mohon maaf apa salah silap saya........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN...Jumpa lagi...-SEKIAN- 


No comments:

Post a Comment