Friday, September 24, 2010

BELAJAR KOMPAS

JUMAAT (24 September 2010)


Huhu...hari kelas rekreasi mula selepas 2 minggu cuti raya......kene byak rekreasi sebab dah banyak makan kueh raya....haha.....kelas macam biasa kat kolam renang....hujan sangat lebat memnyebabkan aku tak dengar ape yang encik cakapkan kat depan...erm ....=(....apa yang aku dengar utk asignment yang pergi ke satu tempat rekreasi ditangguhkan due date nye iaitu hantar kat die pada 8 sept......huhu....selepas tu, encik bgtahu kelab rekreasi diwajibkan utk memasuki pertandingan bola keranjang..


hah???macam mane main bola keranjang.....aku pun tak pandai main.......aduyai.......yang aku pelik nya 1 kumpulan 3 orang???macam pelik kan.....erm.takpelah....belasah je la......janji main..ada markah tu......bola keranjang takpe....jangan mata keranjang.....huhu......

Apa yang aku belajar hari ni???aku belajar kompas.....belajar ni pun aku suka jugak.seronok mencari2 arah ni.....hehe......
Apa itu kompas???Kompas ialah alat bantuan ahli pelayaran atau ahli pengembaraan untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi ini. Kompas juga alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi.

Gambar di atas ialah gambar kompas jenis Silza yang aku gunakan pada hari tu...Ada jugak kompas jenis lain.......Antaranya ialah:-
Kebaikan dan kekurangannya:
Kebaikan:
1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti
3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.
Keburukan:
1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)
Kegunaan Kompas:
1.Mencari arah Utara 
2.Menentukan kedudukan peta
3.Menyukat bering (sudut)

Bahagian-bahagian Kompas


1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)   
9-Garisan penimur grid  
10-Piring kompas (compass Housing)


Cara Menggunakan Kompas
  1. Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika jarum kompas (warna merah) tidak menunjukan arah utara, kita harus 'adjust' agar ke Utara.Secara asas kompas mengandungi 16 petujuk mata angin, iaitu:-















UTL-Utara Timur Laut
TTL-Timur Timur laut
TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya




   2. Kemudian ketahui kedudukan bearing (sudut).
Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan.

   3. Kemudian, pegang kompas dengan cara yang betul iaitu meletakkan kompas di atas tapak tangan dan luruskan / ratakan permukaan tangan atau meletakkan kompas di tempat yang rata.
  4. Selepas itu tujukan tempat atau arah yang ingin dituju....kemudian baca darjah atau bearing tersebut....


Untuk aktiviti hari ni, encik menyuruh kami bekerja dalam kumpulan mencari 4 checkpoint dari satu tempat ke tempat yang lain. Ambil darjah dan langkahnya sekali.....Aku dan kumpulan aku memulakan aktiviti. Kami mula dari meja makan 

CHECKPOINT PERTAMA:-
ke papan tanda kemudian ambil berapa darjah dan berapa langkah.
CHECKPOINT KEDUA:-


ke tingkap kemudian ambil berapa darjah dan berapa langkah
CHECKPOINT KE TIGA:-
ke papan tanda lagi satu kemudian ambil darjah dan langkahnya
CHECKPOINT KEEMPAT:-

dan akhir sekali ke stor tepi bgunan kolam renang...

Selepas itu kami bertukar2 tempat dengan kumpulan lain.......huhu...seronok sungguh aktiviti ni...rasa nak buat lagi......tapi masa tak mengizinkan.......jam pon dah pukul 7 petang...sebelum bersurai, encik ada bgtahu tentang aktiviti minggu hadapan...nak tahu???tungguuu......hehe.....-SEKIAN-

Friday, September 3, 2010

IKATAN TALI

JUMAAT (3 September 2010)


hari ni kelas seperti biasa di kolam renang....erm...ramai yang tak ada arini...sebab dah bercuti raya...selepas ambil kedatangan, kelas pun dimulakan....erm encik suruh kami keluarkan apa yang die suruh pada minggu sebelumnya iaitu tali....bukan tali rapiah.....tapi tali untuk belajar ikatan...Seronok!! aku suka belajar tentang ikatan..... Antara ikatan yang aku belajar hari ini ialah:-
  1. Buku Sila (square / reef knot)
Fungsinya:-
  • Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
  • Biasanya untuk menyambung tali khemah / bungkusan hadiah / ikatan anduh kerana ia mudah dibuka
  • Dikenali sebagai 'left over right and right over left'



  2. Bunga Geti
Fungsinya: adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan saiz


  3. Tindih kasih
Fungsinya:-
  • Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda / binatang dan sebagainya
  • Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

   4: Simpul lapan

  • Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati


   5. Simpul Manok (Clove Hitch)
Fungsinya:-
  • Simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
  • Ia mudah diikat/ disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka




erm.....ini sajalah yang aku belajar ikatan...Iktan ada byak tapi untuk asas sahaja, inilah ikatan-ikatan yang en Muiz ajar kepada kami....erm...malam ni aku gerak balik ke kampung utk cuti beraya....

Disini ambil kesempatan ingin memohon sepuluh jari mohon maaf apa salah silap saya........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN...Jumpa lagi...-SEKIAN-