Friday, October 8, 2010

AKHIR PERTEMUAN

JUMAAT (8 OKTOBER 2010)

Hari ni adalah hari terakhir kelas rekreasi............terakhir????kejapnya masa berlalu......final exam pun dah nak dekat.......hari ni pun akhir syawal dah........tiba2 teringin nak makan lemang, ketupat, rendang....ermmmmmmmm........makan raya haji je la.....eeeemmmmmmm......ape aku merepek ni....merepek kat blog rekreasi......haha........takpelah sekali sekala merepek.....hehe.....So, apa aku buat utk kelas terakhir???ada test rekreasi...

erm......soalan takdelah susah sangat......tapi bolehlah aku jawab sikit2......erm........tapi pening gak nak jawab....haha....

dan tak lupa gak kene hantar assignment yang en muiz berikan....sebelum bersurai, en muiz ada pesan siapkan blog sebelum hari selasa tepat kol 12mlm......sebab en ada banyak keje nak buat sebelum berangkat ke jepun.......JEPUN????
WOW!!!..bestnya.........mesti encik jalan2 kan.......jelesnya........hehe.......nanti bawak buah tgn utk kami ye encik.......hehe.......selepas tu, encik bercerita sedikit tentang permarkahan rekreasi, dan kedatangan.....harap2 sume dapat A+.....dan akhir kata dari encik muiz yang aku igt, semoga belajar bersungguh-sungguh...amin..........encik pun semoga sukses selalu.....amin......selepas tu kelas pun bersurai........erm......tamatlah aku rekreasi I.........sem depan aku nak amek rekreasi II.....sebab rekreasi memang best!!! oklah.......insyaallah kita jumpa lagi.......Assalamualaikum.....-SEKIAN-

Monday, October 4, 2010

BAKAT BARU???

ISNIN (4 OKTOBER 2010)

Huhu........hari ni hari yang merisaukan aku...........sebab aku tak tahu macam mana nak main bola keranjang.......haha...........main je la.....hentam je la.......malam tu aku pun pegilah padang bola keranjang kat pusat sukan......inilah padangnya......


semakin takut bile aku tengok padang ni............tambah takut bile budak lelaki pun main bola keranjang.......SSERAMMMMMMMM.........kata en muiz pertandingan ni untuk mencarik bakat baru.....main pun sebelah gelanggang je..........erm hentam je la mainnya.........erm......bila kumpulan aku tengok match nye, naik terbeliak mata aku nama kumpulan aku iaitu ROTOR first match.......???aduh..makin menggeletar lutut aku.........apepun igt en muiz cakap, main je.........tahu ke tak tahu ke belakang cerita.......kami pun main dan main dan main.........haha...


........dan nyatanya kami tiada pengalaman dan kalah........hehe.........tapi ada juga pelajar rekreasi yang pandai bermain dan menang, masuk ke semi final.......tapi apepun bg aku, malam ni dapat pengalaman baru belajar bermain bola keranjang.....sebelum balik, kami diberi sijil penyertaan......dan en muiz mengingatkan kami jumaat nanti ada test rekreasi dan last perjumpaan......-SEKIAN-

Friday, October 1, 2010

PRESENTATION

JUMAAT (1 OKTOBER 2010)

em....untuk hari ni seperti biasa la.......kelas diadakan ditempat biasa.....pada minggu lepas, encik muiz ada menyuruh kami membentangkan tentang apa sahaja panduan yang boleh digunakan di dalam dunia ni......kemudian present kat depan.......hari ini jugak ada ahli baru masuk kumpulan aku.........so, daripada 3 orang, jadilah 4 orang...actually die takde kumpulan, so kami pun suruh masuk kumpulan kami........nama pendek die dayah......name penuh aku tak tahu lah...........hehe.........erm..........oleh kerana tempat yang kami biasa jumpa tidak sesuai untuk present, so en muiz suruh pegi kat tempat lain.......apa entah name tempat tu, aku pun tak tahu.....yang penting sesuai utk present.......

Kat dalam dunia ni, terlalu byak yang boleh dijadikan panduan.......nak ikutkan, orang2 dahulu sebelum ada barang-barang yang berteknologi tinggi, mereka menggunakan matahari, sungai, bintang, flora dan fauna, pokok2, kayu dan sebagainya sebagai panduan......Untuk kumpulan aku. kami memilih kayu.......

kayu ni byak kegunaan nya....ia boleh dijadikan sebagai unggun api, buat petanda, menentukan arah dan sebagainya.....tetapi untuk present kumpulan kami menekankan tentang kesesatan dalam hutan iaitu memberi petanda kepada orang yang sesat di dalam hutan dengan menggunakan kayu.........ia dapat menentukan arah perjalanan sekiranya sesat atau berpecah dalam kumpulan...........

Antara isyarat kayu yang boleh diberitahu kepada orang sesat ialah:-

1. JANGAN IKUT JALAN INI
2.  IKUT JALAN INI
3. TUNGGU SAYA DI SINI
4. SAYA SUDAH PULANG
5. ADA AIR BERSIH MENGIKUT ANAK PANAH

Itulah diantara isyarat2 yang biasa digunakan yang ditinggalkan oleh orang yang mencari orang yang sesat...Selain itu, kayu juga boleh dijadikan bayang-bayanguntuk membantu kita menentukan arah mata angin iaitu dengan mengikut langkah2 berikut:-

1. Pacak sebatang kayu yang lurus di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan hujung batang kayu yang terbentuk di permukaan tanah
3. Selepas 30 minit, tandakan hujung bayang kayu yang baru terbentuk
4. Sambungkan kedua-dua tanda. Contohnya arah timur menghala ke arah tanda yang kedua.
Kumpulan yang lain ada yang membuat panduan sungai, pokok, tempat perlindungan, bintang, dan matahari.....seronok hari ni, sebab dapat pengetahuan baru yang sebelum ni byak aku tak tahu.......yang tambah seronok bile pelajar2 rekreasi semua nya jenis slumber........hehe........



Erm......sebelum pulang en muiz mengingatkan kami tentang penghantaran assignment yang kedua iaitu tentang cari satu tempat rekreasi pada 8 oct 2010 dan jugak pertandingan bola keranjang akan dibuat pada 4 oct 2010 pukul 8 mlam di pusat sukan uitm........hehe.........sambung cerita akan datang.........-SEKIAN-

Friday, September 24, 2010

BELAJAR KOMPAS

JUMAAT (24 September 2010)


Huhu...hari kelas rekreasi mula selepas 2 minggu cuti raya......kene byak rekreasi sebab dah banyak makan kueh raya....haha.....kelas macam biasa kat kolam renang....hujan sangat lebat memnyebabkan aku tak dengar ape yang encik cakapkan kat depan...erm ....=(....apa yang aku dengar utk asignment yang pergi ke satu tempat rekreasi ditangguhkan due date nye iaitu hantar kat die pada 8 sept......huhu....selepas tu, encik bgtahu kelab rekreasi diwajibkan utk memasuki pertandingan bola keranjang..


hah???macam mane main bola keranjang.....aku pun tak pandai main.......aduyai.......yang aku pelik nya 1 kumpulan 3 orang???macam pelik kan.....erm.takpelah....belasah je la......janji main..ada markah tu......bola keranjang takpe....jangan mata keranjang.....huhu......

Apa yang aku belajar hari ni???aku belajar kompas.....belajar ni pun aku suka jugak.seronok mencari2 arah ni.....hehe......
Apa itu kompas???Kompas ialah alat bantuan ahli pelayaran atau ahli pengembaraan untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi ini. Kompas juga alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi.

Gambar di atas ialah gambar kompas jenis Silza yang aku gunakan pada hari tu...Ada jugak kompas jenis lain.......Antaranya ialah:-
Kebaikan dan kekurangannya:
Kebaikan:
1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti
3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.
Keburukan:
1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)
Kegunaan Kompas:
1.Mencari arah Utara 
2.Menentukan kedudukan peta
3.Menyukat bering (sudut)

Bahagian-bahagian Kompas


1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)   
9-Garisan penimur grid  
10-Piring kompas (compass Housing)


Cara Menggunakan Kompas
  1. Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika jarum kompas (warna merah) tidak menunjukan arah utara, kita harus 'adjust' agar ke Utara.Secara asas kompas mengandungi 16 petujuk mata angin, iaitu:-















UTL-Utara Timur Laut
TTL-Timur Timur laut
TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya




   2. Kemudian ketahui kedudukan bearing (sudut).
Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan.

   3. Kemudian, pegang kompas dengan cara yang betul iaitu meletakkan kompas di atas tapak tangan dan luruskan / ratakan permukaan tangan atau meletakkan kompas di tempat yang rata.
  4. Selepas itu tujukan tempat atau arah yang ingin dituju....kemudian baca darjah atau bearing tersebut....


Untuk aktiviti hari ni, encik menyuruh kami bekerja dalam kumpulan mencari 4 checkpoint dari satu tempat ke tempat yang lain. Ambil darjah dan langkahnya sekali.....Aku dan kumpulan aku memulakan aktiviti. Kami mula dari meja makan 

CHECKPOINT PERTAMA:-
ke papan tanda kemudian ambil berapa darjah dan berapa langkah.
CHECKPOINT KEDUA:-


ke tingkap kemudian ambil berapa darjah dan berapa langkah
CHECKPOINT KE TIGA:-
ke papan tanda lagi satu kemudian ambil darjah dan langkahnya
CHECKPOINT KEEMPAT:-

dan akhir sekali ke stor tepi bgunan kolam renang...

Selepas itu kami bertukar2 tempat dengan kumpulan lain.......huhu...seronok sungguh aktiviti ni...rasa nak buat lagi......tapi masa tak mengizinkan.......jam pon dah pukul 7 petang...sebelum bersurai, encik ada bgtahu tentang aktiviti minggu hadapan...nak tahu???tungguuu......hehe.....-SEKIAN-

Friday, September 3, 2010

IKATAN TALI

JUMAAT (3 September 2010)


hari ni kelas seperti biasa di kolam renang....erm...ramai yang tak ada arini...sebab dah bercuti raya...selepas ambil kedatangan, kelas pun dimulakan....erm encik suruh kami keluarkan apa yang die suruh pada minggu sebelumnya iaitu tali....bukan tali rapiah.....tapi tali untuk belajar ikatan...Seronok!! aku suka belajar tentang ikatan..... Antara ikatan yang aku belajar hari ini ialah:-
  1. Buku Sila (square / reef knot)
Fungsinya:-
  • Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
  • Biasanya untuk menyambung tali khemah / bungkusan hadiah / ikatan anduh kerana ia mudah dibuka
  • Dikenali sebagai 'left over right and right over left'



  2. Bunga Geti
Fungsinya: adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan saiz


  3. Tindih kasih
Fungsinya:-
  • Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda / binatang dan sebagainya
  • Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

   4: Simpul lapan

  • Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati


   5. Simpul Manok (Clove Hitch)
Fungsinya:-
  • Simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
  • Ia mudah diikat/ disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka




erm.....ini sajalah yang aku belajar ikatan...Iktan ada byak tapi untuk asas sahaja, inilah ikatan-ikatan yang en Muiz ajar kepada kami....erm...malam ni aku gerak balik ke kampung utk cuti beraya....

Disini ambil kesempatan ingin memohon sepuluh jari mohon maaf apa salah silap saya........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN...Jumpa lagi...-SEKIAN- 


Friday, August 20, 2010

JOM PASANG KHEMAH

JUMAAT (20 OGOS 2010)


haha.....hari ni perjumpaan seperti biasa...di kolam renang pukul 5..sebelum memulakan aktiviti encik ada menerangkan serba sedikit tentang assignment ke dua, iaitu pergi ke satu tempat rekreasi dan buat report..isi2 yang encik nak, ada di www.jomrekreasi.blogspot.com...dan hantar selepas  cuti raya pada 1 september 2010....apa aktiviti hari ni???belajar cara-cara memasang khemah....wah.macam betul-betul berkhemah pulak......hehe..kemuadian encik terangkan serba sedikit tentang khemah dan perkhemahan...

apa itu khemah???Khemah ialah tempat perlidungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan berehat / bermalam.

Jenis Khemah 
  1. A sheet (piramid)
  2. Igloo
  3. Doom (bulat)
Tapak Perkhemahan
  1. Tanah rata- cari tempat tinggi sedikit supaya tiada air yang boleh bertakung di bawah khemah
  2. Berhampiran dengan punca air - air mengalir dan ada anak ikan di permukaan air
  3. Terlindung dari laluan angin - penghalang di kiri, kanan, depan dan belakang
  4. Mempunyai permandangan yang menarik
  5. Mendapat bekalan cahaya matahari
  6. Berhampiran denga jalan/denai/laluan - mudah untuk berurusan jika berlaku kecemasan


Tapak yang dilarang mendirikan khemah

Terlalu hampir dengan laluan air - menyebabkan khemah hanyut
  1. Di bawah pokok yang mempunyai dahan yang besar dan condong
  2. Di dalam kawasan lalang
  3. Kawasan yang rendang - menyebabkankan air bertakung
  4. Kawasan yang berlumpur
  5. Di atas tebing yang curam
  6. Laluan binatang
  7. Kawasan berbatu

Kebersihan Khemah

  1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan di dalam khemah kerana boleh menarik minat serangga
  2. Jangan meletakkan pakaian basah di dalam khemah menyebabkan khemah berbau.
  3. Jangan mengidupka api di dalam khemah atau memasak di dalam khemah kerana khemah mudah terbakar
Sampah
  1. Sediakan lubang khas utk buang sampah
  2. Mesti dimasukkan ke dalam beg plastik
  3. Bahan tin mesti dikemekkan dahulu sebelum dibuang

Membuang Najis

  1. Jika 1 hari, korek dan kemudian kambus, jika lebih 1 hari, korek lubang (3 kaki dalam, 2 kaki lebar) kemudian kambus
  2. Letakkan pancang sebagai tanda utk mengelakkan kawan lain mengorek semula
  3. Jarak sekurang-kurangnya 100m dari khemah
Selepas encik menerangkan serba sedikit tentang khemah, barulah kami pasang khemah...





kemudian encik menerangkan tentang bagaimana mengelakkan air masuk kedalam khemah dalam jangka masa yang lama ketika hari hujan iaitu menarikkan sedikit alas yang luar khemah supaya air hujan terus jatuh ke tanah dan tidak melekat ke badan khemah...




Selepas itu, kami disuruh menurunkan khemah dan melipatkannya semula dan simpan di dalam bekas khemah...Sebelum kami bersurai, encik mengingatkan aku dan kawan-kawan ku pada minggu depan kelas tiada becoz suti nuzul al-Quran...dan pada minggu hadapan disuruh bawa tali utk belajar ikatan....- SEKIAN-